Atlet Olimpik Jamie Corkish Amalkan Set Hamil Shaklee

by Siti Noranis on August 25, 2016

Jamie Lynn Corkish (sebelah kanan yang sedang menggigit pingat) merupakan atlet menembak Wanita US yang pernah memenangi pingat emas di Olimpik 2012. Olimpik tau! Bukannya calang-calang aktiviti sukan. 🙂

Jamie Corkish Amalkan Set Hamil Shaklee

 

Serba sedikit Pencapaian Jamie Corkish

  • Memenangi tempat pertama di Olympic Games 2012 di London
  • Memenangi tempat ke-4 di Olympic Games 2008 di Beijing
  • Memenangi tempat ke-2 di ISSF World Cup di Milan

Atlet Menembak Olympic Games Amalkan Set Hamil Shaklee

Dikhabarkan pada tahun 2016 ni, beliau sedang berpantang dengan baby Shaklee beliau yang bernama Tristan Scott.

Atlet Menembak Amalkan Set Hamil Shaklee

Set Prenatal Shaklee

Memperkenalkan Set Kehamilan Shaklee yang disarankan untuk ibu-ibu mengandung dan juga bakal-bakal ibu. Set ini mengandungi 6 jenis di dalamnya yang terdiri daripada

  • OsteMatrix
  • OmegaGuard
  • Sustained Release Vita-C Plus
  • B-Complex
  • Vita-Lea Iron Formula
  • ESP – Soy Protein Isolate Powder

 

 

 

{ 0 comments }

Halia Redakan Sakit Otot

by Siti Noranis on August 17, 2016

Rutin minum air halia setiap hari ternyata bukan sahaja boleh membuang angin di dalam badan, tetapi juga dapat membantu meredakan rasa sengal-sengal dan sakit otot. Dalam beberapa kajian, halia terbukti mengandungi bahan antiflamasi dan analgesik yang biasanya terdapat di dalam ubat steroid antiflamasi (NSAIDs)

Halia yang sangat bagus sejak turun temurun

Satu kajian lain juga membuktikan bahawa dengan minum halia selama 4 – 36 minggu sebanyak 30 – 500 mg dapat membantu mengurangi sakit lutut akibat osteoarthritis. Pakar dari Universiti Georgia memantau khasiat dari mium halia selama beberapa hari dengan tujuan untuk meredakan rasa sengal dan sakit otot diiringi dengan latihan berat peregangan otot. [click to continue…]

{ 0 comments }

Sikap Pemarah Beri Kesan Pada Kesihatan

by Siti Noranis on August 16, 2016

Marah merupakan tindak balas emosi semulajadi untuk menunjukkan rasa tidak puas hati, memberontak, tidak suka dengan sesuatu atau jika rasa terancam. Sesetengah orang berpendapat dengan marah, kita dapat menyelesaikan sesuatu masalah.Sikap Pemarah Beri Kesan Pada Kesihatan

Terpulang pada individu tersebut untuk mengawal sikap ini supaya tidak memudaratkan kita diri di kemudian hari. Disini terdapat beberapa kesan bila marah menguasai diri kita.

 

Bila kita marah, kelajuan mulut kita mengatasi kelajuan otak kita. Kawal lah ia sebelum ia ‘makan diri’

Kesan Marah #1 Otak

Kemarahan akan mengelilingi memori kita. Emosi yang memuncak akan memacu pelepasan hormon kortisol dan hormon-hormon stres yang lain dan ia akan mengalihkan pusat memori di otak kita.

Kesan Marah #2 Jantung

Dengupan jantung dan tekanan darah akan meningkat. Perasaan benci akan melepaskan hormon ADRENALIN, iaitu hormon yang boleh meningkatkan tekanan darah. Jika tekanan darah meningkat secara berterusan, dikhuatiri kita lebih mudah mendapat risiko penyakit strok dan penyakit jantung.

Kesan Marah #3 Mata

Kemarahan dapat memacu ocular migraines (migrain mata). Dalam keadaan ini kita akan melihat kilatan cahaya dan garis-garis yang tidak teratur. Ini disebabkan oleh penyepitan pembuluh darah di sekitar mata.

Kesan Marah #4 Gigi

Kadang – kadang, tanpa sengaja kita akan mengetap bibir dan mungkin juga mengetap gigi dengan kuat. Hal ini menyebabkan rahang kita menjadi sakit dan tak kurang juga ada yang terpatah giginya kerana terlalu kuat mengetap gigi menahan amarah yang memuncak.

Kesan Marah #5 Daya Tahan Tubuh

Perasaan marah akan menyebabkan berlakunya penurunan imunisasi kerana hormon EPINEPHERIN di pam kencang apabila amarah sampai ke ubun-ubun kepala. Itulah sebabnya dalam keadaan begini kita lebih mudah diserang pelbagai penyakit.

 

Ketahuilah terdapat pelbagai cara untuk mengawal sikap ini supaya tidak memudaratkan kita. Diharap perkongsian ini dapat memberikan manfaat pada semua 🙂

{ 1 comment }

17 Tips Kurus Dengan Semulajadi

by Siti Noranis on July 7, 2016

Topik yang diutarakan dalam artikel pada kali ini pastinya akan menarik minat kita – Bagaimana mahu kuruskan badan tanpa ubat-ubatan.

Kurus Badan

Tiada sesiapa dalam dunia ini yang mahu kelihatan tidak menarik apatah lagi dilihat sebagai gemuk dan tidak aktif. Justeru, kebanyakan daripada kita akan melakukan apa sahaja asalkan mendapat bentuk tubuh yang cantik. [click to continue…]

{ 0 comments }

Berdietlah dengan konsisten

by Siti Noranis on January 4, 2016

Konsisten menjalani pola makanan ketika menjalankan program diet merupakan kunci kejayaan untuk memangkas berat badan berlebihan. Selain memilih makanan yang sihat dan mengawal jumlah makanan yang diambil, terdapat beberapa panduan lain yang boleh diamalkan sepanjang kita berdiet. [click to continue…]

{ 1 comment }

Lemak Jatuh Wajah Hilang Bentuk

by Siti Noranis on December 27, 2015

Sering ditanya bagaimana cara bagi mendapatkan bentuk wajah yang sempurna apabila usia meningkat. Sememangnya diakui peningkatan usia menyebabkan permasalahan kulit yang melendut menjadikan kita kehilangan simetri wajah yang asal. Apa yang terjadi adalah disebabkan kejatuhan lemak pada muka dan kehilangan kolagen semula jadi. [click to continue…]

{ 1 comment }

Yogurt Jauhi Tekanan Darah Tinggi

by Siti Noranis on December 23, 2015

Ini merupakan khabar gembira buat penggemar tegar Yogurt. Hasil kajian di Amerika, dikatakan bahawa mengambil yogurt secara rutin atau memasukkannya secara khusus di dalam menu diet mampu membantu dalam menurunkan risiko tekanan darah tinggi atau hipertensi. [click to continue…]

{ 1 comment }

Tidur Berdengkur Boleh Jadi Punca Penyakit Serius

by Siti Noranis on December 16, 2015

Ada yang beranggapan berdengkur bukan satu masalah ataupun perkara besar, apatah lagi dianggap sebagai penyakit. Malah melalui kajian yang pernah dijalankan, 1:3 orang dewasa berdengkur dan kebanyakkan ialah golongan lelaki dari usia pertengahan ke atas dan individu bersaiz besar. [click to continue…]

{ 0 comments }

9 Jenis Makanan Yang Boleh Buat Kulit Cantik

by Siti Noranis on September 26, 2015

Kulit yang sihat tidak hanya memerlukan rawatan dari luar tetapi juga pengambilan nutrisi dari makanan. Ikuti beberapa nutrisi yang boleh kita ambil dan amalkan untuk mendapatkan kulit yang sihat. [click to continue…]

{ 0 comments }

Risiko Anemia Pada Kehamilan

by Siti Noranis on September 26, 2015

USIA KEHAMILAN PADA MINGGU KE-10 HINGGA KE-32 AKAN MENINGKATKAN JUMLAH DARAH SEHINGGA 50 PERATUS BERBANDING SEBELUM HAMIL. MAKA ITU, IBU MEMERLUKAN BANYAK ZAT BESI UNTUK MENGHASILKAN SEL DARAH MERAH ATAU ATAU HEMOGLOBIN (HB) AGAR TIDAK MENGGANGGU FUNGSI DARAH YANG MENGANGKUT OKSIGEN DAN ZAT MAKANAN KE SELURUH TUBUH

[click to continue…]

{ 0 comments }